Cordless Seterika RM65 - Memang best! Takde serabut simpul-simpul

Baru sedar dah dekat setahun tak post apa-apa. Saya sibuk dengan macam-macam urusan lain. Tapi baru-baru ni saya nampak offer cordless iron ni.. eh murah pulak. 

Harga RM 61 je?! 

Biar betik? Selalu harga cordless iron ni mau makan ratus-ratus, lebih RM500 pun ada, kalau yang branded lah. 

Selagi barang tu berfungsi baik dan selamat, kira ok lah. Harga murah, kita pun untung, jimat.

Fungsi dia, selain cordless, macam seterika lain jugak. Ada jugak fungsi air dan boleh spray tu. 

Saya dah try, memang ok. Dia caj power jadi panas tu pun laju je macam biasa seterika lain jugak. 






Tempat isi air


Plug adapter diberi percuma

Video demo sikit

Beli dari Lazada

Beli dari Shopee





Mega Sale Diskaun 12.12

Diskaun kaw-kaw sale kembali lagi. Kali ni 12.12 pulak (bermakna tarikh 12 december ye). Bulan lepas 11.11 sales memang mencanak naik.

 

Sejujurnye saya selalu beli di Shopee sebab lebih banyak barang murah. Dan pastikan anda klik pada 'free shipping' voucher ye.

Tapi kalau nak beli barang mahal yang harga ribu-riban saya beli di Lazada je, sebab saya lebih percayakan Lazada punya customer service dan customer purchase safety/security. 
*TV dan peti sejuk memang saya beli kat Lazada je. Pakai dah 2-3 tahun takde masalah. 

Dah banyak kali saya beli barang kat Lazada, kalau saya tak puas hati dengan spesifikasi barang tak sama dengan yang diiklankan, memang saya return balik je barang. Sejak 2015 lagi saya pernah beberapa kali return barang.

Dulu duit masuk terus ke akaun bank (ambil masa 1-2 minggu rasanya, tak ingat), sekarang terus masuk ewallet lagi cepat (saya pernah dapat dalam masa 20 minit lepas return barang).

Shopee pulak, kalau nak return barang leceh skit kalau seller buat perangai tak setuju. Duit dapat balik jangan risau kalau memang salah seller, tapi leceh sikit la. Lepas tu nak return kita sendiri pulak tanggung bayar kos postage balik kat poslaju.


Jangan lupa klik pada Free Shipping voucher ye




Laptop kerja yang murah dan berbaloi

Kalau korang mencari laptop bajet yang okay, boleh pertimbangkan beli laptop ni.

Lenovo Idepad S145 Celeron

Laptop ni okay untuk sekadar buat keje. Kalau nak gaming memang tak sesuai.

Laptop ni saya beli kat Lazada masa offer 11.11  dapat lagi diskaun RM50. Mungkin korang kena tunggu offer 12.12 untuk dapat diskaun macam ni.

Walau bagaimanapun, tanpa diskaun pun harga ni memang terbaik, murah berbanding di mana-mana online seller lain. Seller juga boleh dipercayai.

Laptop saya order sampai selepas 8 hari. Packaging memang bagus puas hati.

Lenovo Ideapad S145 Celeron

Harga kat Lazada cuma RM999. Kat kedai luar sana walaupun cakap sudah offer tapi masih mahal. Boleh jimat dekat RM200 kalau beli online dari seller ni.

Harga kat luar beza RM150+



Kini TnG eWallet terdapat di Lazada

Berita baik kepada penggemar belian online. Kini anda boleh membayar/checkout di Lazada dengan menggunakan TnG eWallet.

Rebat RM5 selama tempoh promosi


Kenapa perlu guna eWallet?

Nak kata PERLU tu tak la, tapi ia satu pilihan.

Apa Kelebihan eWallet?

- Dapat rebat menarik (boleh dapat sehingga lebih 15%).
- Pembayaran lebih cepat dan mudah (tak perlu tunggu nombor TAC dari bank).

Selamat ke duit dalam eWallet?

Selamat la. Syarikat-syarikat ni pastinya melaburkan jumlah yg besar untuk sistem sekuriti diorang. Saya dah lama pakai eWallet, tak pernah pun kes duit hilang. Kalau risau sangat, jangan link kan dengan kad kredit korang, guna kad debit je.

Bagi pengguna baru, gunakan kod yang tertera untuk mendapat rebat.

Pengguna Android, KLIK sini

Pengguna iOS, KLIK sini




Magnetic USB Cable

Tujuan utama kabel ini direka untuk memudahkan charge, dengan sebelah tangan je boleh 'plug'kan charging cable ke phone anda.

Kabel micro USB magnetic

Ini adalah sangat berguna terutama ketika memandu, ketika sebelah tangan kena pegang steering.

Tengok video demo ni sekejap.


Apa Yang Best?

Magnet yang kuat.
Kabelnya lembut.
Kepantasan charge yang ok.
Harga murah.

Apa Yang Kurang Best?

Tak dapat transfer data.

Berbaloi Tak?

 4 bintang






Bluetooth earphone - Air Nano Crazybaby

Post kali ni bukanlah gajet yang bajet. Harganya agak mahal. Bukan puluh-puluh ringgit ye. Tapi walaupun bagaimana pun produk ni memang berkualiti.

Minta maaf saya tak sempat habis pun test earphone ni, tapi secara keseluruhannya, saya boleh cakap barang ni memang bagus. Magnetic lid pada casing dia memang rasa best bila bukak dan tutup, dah barang pun mahal kan.

Earphone ni memang senang nak charge. Letak je balik dalam casing dia akan auto charge. Letak je tup terus melekat sebab ada magnet. Dalam casing tu ada bateri sebenarnya. 

Bila bateri pada casing tu sendiri dah weak, charge je guna kabel USB macam charge phone jugak. Sempoi kan?



USB cable type C






Apa Yang Best?

Wireless
Bateri tahan lama
Kualiti bunyi bagus
Bentuk cantik

Apa Yang Kurang Best?

Mahal
Bentuk earbud
*saya memang kurang minat bentuk earbud ni, rasa sendat kat telinga. Saya lebih suka bentuk lama earphone bulat tu.


Berbaloi Tak?

  3 bintang


Flex Tape - pelekat DIY yang serbaguna untuk membaiki

Saya baru je cuba Flex Tape ni. Tampal kat lubang pada payung. Payung tu besar jadi sayang nak buang, repair je sendiri.

Pelekat ni memang bagus. Yang penting tahan melekat dan kalis air. Senang-senang korang tengok je video kat bawah ni.

Ada satu je leceh, gam dia bole melekat kat tangan. Bole je hilang dengan genyeh minyak masak, tapi leceh sikit la. Jadi korang kalau nak elakkan kena gam pada tangan, pakai la glove.








Berbaloi Tak?

4.5 bintang


KLIK SINI


Apa maksud 'rating' bintang?

Kualiti teruk betul!
Barang tak memuaskan. Tak digalakkan beli.
'Pass' cukup-cukup makan. Bole la kalau nak beli.
Barang bagus!
Sangat berbaloi! Amat digalakkan beli.
Terbaek punya! Tiada cela (flaws) atau boleh kata 'ploles'.