AP set vs Original set

Perbezaan Original set dengan AP set

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa smartphone yang mereka miliki adalah original atau tidak. Kadang kala ada kedai-kedai yang menjual pada harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran. Kemungkinan ianya adalah AP set. Ada penjual yang tidak memberitahu sama ada AP set atau original.

Di sini saya rasa terpanggil untuk membentangkan sedikit pengetahuan saya mengenai perbezaan AP set dan original set.

Jadi apakah AP set?

AP set adalah set yang ditiru hampir 99% sama dengan original dari segi hardware. Biasanya AP set ini akan di’installkan’ dengan original software, jadi hasilnya memang serupa dengan original set. Berikut adalah perbandingan ciri-cirinya. Saya mengambil contoh untuk phone Xiaomi Redmi Note 2, smartphone yang semakin popular pada harga yang kompetetif.

Warna

Warna cover original set adalah seperti yang diiklankan pada website rasmi mereka. Manakala warna AP set ini kadang kala berbeza dari warna-warna yang ditawarkan pada original set.

Dalam kes ini, cuba lihat pada website rasmi Xiaomi ini, ianya menawarkan 5 warna iaitu Hitam, Putih, Kuning, Merah Jambu, Biru. Akan tetapi jika anda membeli AP set, warna yang diberikan adalah biru gelap (tidak terdapat pada website rasmi Xiaomi).

Power Adapter

Original set mempunyai 3 pin, manakala AP set 2 pin.

Original power adaptor
AP set power adaptor


Bentuk/Saiz Kotak

Cuba perhatikan kedua-dua kotak di bawah. Kotak original set lebih besar, manakala kotak AP set lebih kecil dan nipis.
Perbezaan kotak original dan AP set

Warranty

Original set akan menawarkan waranti rasmi dari Xiaomi Malaysia. Ini bermakna jika phone anda bermasalah sebelum 12 bulan, anda boleh pergi ke mana-mana Xiaomi service center di Malaysia untuk menuntut waranti. *Sila rujuk terma tuntutan.

Bagi AP set pula, waranti cuma diberikan oleh pihak kedai yang menjual (biasanya 12 bulan juga). Maksudnya jika phone anda bermasalah sebelum 12 bulan, bawa phone dan resit pembelian ke kedai yang sama tempat dibeli untuk menuntut waranti. Terma tuntutan adalah bergantung kepada pihak penjual. Ya, ianya tampak lebih berisiko, tetapi agak jarang bagi kita pergi ke kedai semula menuntut waranti kerana phone tidak berfungsi.

Saya berharap artikel ini dapat membantu anda memahami tentang AP set, dan juga untuk anda mebuat keputusan sebelum membeli.

Credit to CapAyam.NET

No comments:

Post a Comment