Folder DCIM pada memory card ?

Kenapa ada folder DCIM pada memory card saya?


DCIM ialah singkatan untuk "Digital Camera Images". Ia adalah folder yang dicipta secara automatik pada kad memori flash oleh kamera digital. Kebanyakan pengeluar digital kamera, seperti Canon, Nikon dan Olympus, serta beberapa telefon bimbit menggunakan folder DCIM untuk menyimpan gambar yang ditangkap oleh kamera. Perisian (software) yang mengimport gambar digital juga melihat di dalam folder DCIM untuk mengimport gambar. Folder DCIM biasanya mengandungi imej JPEG, tetapi ia juga boleh mengandungi subfolder dan fail lain seperti fail indeks yang mengesan gambar yang diambil oleh kamera.

Memandangkan gambar digital disimpan dalam folder DCIM, data lain selain gambar boleh disimpan pada kad kamera selagi memory card tidak di set kan kepada "read -only". Sebagai contoh, anda boleh menyimpan dokumen teks dalam folder yang berbeza dan memindahkannya ke komputer lain secara terus daripada kad. Cuma perlu pastikan anda tidak mengheret item tambahan ke dalam folder DCIM, kerana ia boleh menyebabkan kamera anda untuk tidak dapat mengenalpasti senarai imej gambar (photo list).



No comments:

Post a Comment