Cara men'delete'kan TEMP files pada windows

Apakah itu 'temp' files?

Seperti namanya, ia bermaksud temporary atau sementara. Ianya dihasilkan ketika sesuatu job pada computer sedang dijalankan, contohnya cache atau cookies files ketika melayari internet.

Kenapa perlu delete files ini?

Kadang-kadang selepas selesai satu job, files ini tidak dipadam dan ditinggalkan dalam TEMP folder. Bila files ini sangat banyak, ianya akan membebankan computer dan seterusnya mempengaruhi prestasi komputer.

Adakah merbahaya pada system jika delete files ini?

Tidak. Malah lebih baik untuk selalu mencuci folder ini.

Dimanakah letaknya Folder TEMP?

Biasanya pada drive C:/

Bagaimana hendak membuang files TEMP ini?

Mudah saja. Pertama sekali klik pada butang start windows, lancarkan aplikasi Run.

Taipkan %TEMP% pada aplikasi Run tersebut

Kemudian anda akan dibawa ke folder TEMP.
Select semua items dan delete sahaja

Anda boleh delete sahaja semua files di dalam folder tersebut. Itu sahaja, mudah bukan? Semoga tips ini membantu untuk meningkatkan prestasi komputer anda. 






No comments:

Post a Comment