Apakah beza Virus, Adware, Malware, Bloatware?



Ramai pengguna internet menyangka bahawa virus, malware, adware adalah benda yang sama. Hakikatnya kesemua istilah istilah yang sama walau mereka berkait rapat. Di dalam artikel ini saya cuba memberikan sidikit gambaran kepada anda apakah mereka ini semua.

Malware

Istilah 'malware' adalah berasal dari kombinasi perkataan "malicious software". Ianya merangkmi semua jenis software atau program codes yang boleh membahayakan komputer anda seperti virus, worm, trojan, spyware, adware dll.

--> Virus, worm, atau trojan adalah kaedah bagaimana program codes ini menjangkiti komputer anda, --> manakala spyware dan adware adalah jenis-jenis software.

Virus

Dahulunya, apa-apa saja software yang jahat dipanggil virus. Tapi kini, softwares tersebut dipanggil malware. Kini virus bermaksud program yang mampu self-replicate (membiak sendiri) selepas menempel pada program yang sedang berjalan dalam Windows®. Virus juga terus mebiak dengan menghasilkan files tidak berguna dan memakan ruang disk drive anda.


Worm

Worm juga adalah program yang bole self-replicate, tetapi ianya tidak menempel pada program yang sedang berjalan. Worm biasanya beraksi di belakang tabir sistem. Worm adalah bahaya juga kerana ianya bole berpindah ke komputer lain melalui email atau webpages.

Trojan

Juga dikenali sebagai Trojan horse. Trojan bukanlah virus, kerana ianya tidak self-replicate. Akan tetapi, jangan tertipu. Trojan adalah program yang kononnya nampak berguna, tetapi sebenarnya ia mengandungi kod-kod yang boleh menceroboh dan merosakkan komputer anda. Biasanya trojan terkandung di dalam games, apps, movies yang anda download.

----------------------------------------------------------------------------

Adware

Adware adalah berasal dari gabungan perkataan "Advertisement Software". Ia adalah software yang menggunakan kaedah memaparkan iklan kepada anda, tetapi dalam masa yang sama ia juga mampu mengumpul maklumat dari komputer anda seperti tabiat internet anda. Walaupun pada dasarnya adware tidak merosakkan sistem komputer anda secara lansung, tetapi ia mampu memperlahankan performance komputer anda. Biasanya, anda 'setuju' walau secara tidak sedar untuk dihantar iklan-iklan ini ketika anda mendownload software yang mengandungi adware.

Spyware

Dari perkataan "Spy" dan "Software". Seperti namanya 'spy' (penyiasat), software ini juga memantau dan mengumpul maklumat seperti data peribadi anda secara tidak sedar. Ia juga mampu merekod setiap tindakan anda pada mouse dan keyboard. Bahaya tu!

Bloatware

Akhir sekali, Bloatware. Adalah gabungan istilah "Bloat" dan "Software". Bloatware bukanlah dari kalangan malware. Ia adalah sekumpulan software yang berat dan tidak diperlukan sebenarnya. Kebanyakan bloatware tidak merbahaya, tetapi ia akan memakan ruang disk dan juga memperlahankan komputer anda. Disarankan anda uninstall saja software-software begini.


Kesimpulannya, ada bermacam-macam cara penjenayah-penjenayah internet ini berusaha untuk menceroboh data dan merosakkan komputer anda. Jika anda bukan seorang yang 100% mahir dengan coding komputer, adalah baik untuk anda mempunyai antivirus yang boleh dipercayai.


No comments:

Post a Comment