Google kini memahami input suara Bahasa Malaysia

Web carian terbesar, iaitu Google kini cuba meningkatkan lagi perkhidmatannya atau pemahamannya dalam semua jenis bahasa. Ini termasuklah Bahasa Malaysia. Sebelum ini Google telah melancarkan web search with voice beberapa tahun lalu. Ianya nampak cuma terhad kepada bahasa Inggeris.

Baru-baru ini saya baru saja sedar bahawa Google telah mula memahami voice input dalam Bahasa Malaysia. Ianya sangat bagus kerana dapat menangkap percakapan walaupun berbeza sedikit slang. Kadar ketepatan Google memahami input suara ini adalah sekitar 80% (atau mungkin lebih). Saya sendiri telah mencubanya.

Di sini saya ingin tunjukkan bagaimana hendak menukarkan voice input setting kepada Bahasa Malaysia. Ikuti langkah-langkah dibawah.

Pertama sekali, klik pada icon Google Apps
Anda akan disuakan dengan homepage Google. Klik pada butang di atas kiri.

Kemudian anda akan lihat setting pada akaun anda

Pilih 'Search language'

Pilih Bahasa Melayu (Malaysia)

Dan selepas itu anda boleh lihat voice search anda dengan setting Bahasa Melayu (Malaysia)

===> Jika anda tidak dapat cari butang Google Apps pada skrin smartphone anda, anda boleh cuba kaedah ini. Pergi ke Google Play, dan search 'google apps'.

Anda akan lihat app ini anda telah install, klik pada logo tesebut

Klik OPEN, anda akan dibawa ke homepage Google tadi.





No comments:

Post a Comment