OTG cable - Satu keperluan untuk smartphone

OTG cable

OTG bermaksud On-the-Go. Seperti namanya ia bererti seolah plug-and-play fungsinya. Juga boleh dikenali sebagai Micro USB to Female USB cable berdasarkan port di setiap hujungnya. 

Ramai yang masih tidak tahu kegunaan OTG cable ini, hakikatnya ia sangat berguna terutanya hendak meng'access' ke USB drive anda tanpa perlu menggunakan komputer. Ini mampu menjimatkan masa anda daripada untuk load komputer anda. Akan tetapi, bukan itu sahaja kegunaannya ia juga boleh digunakan untuk aksesori komputer lain.

Perhatikan port untuk menerima plug USB

OTG cable boleh disambungkan dari smartphone/tablet ke:


  • USB drive
  • Card reader
  • Keyboard
  • Mouse


Ya betul, bukan setakat meng'access' pendrive sahaja, anda juga boleh menggunakan keyboard ke atas smartphone anda. Menarik, bukan?

Perlu diingat bahawa tidak semua smartphone yang ada support fungi OTG ini. Biasanya smartphone dengan RAM 2GB dan keatas ada support funsgi OTG ini, ataupun juga note series.

Untuk demonstrasi lebih lanjut, sila tonton video pendek di bawah.

Harga OTG cable ini tidaklah mahal, biasanya tidak melebihi RM15. Tetapi ada juga penjual yang pada harga di bawah RM5



No comments:

Post a Comment