Perbezaan USB 2.0 dengan USB 3.0

Jenis-jenis USB


Mungkin ada yang perasan pendrive yang lama versi USB 2.0 dan kini timbul pula USB 3.0. Harga pendrive USB 3.0 pun mahal sikit.

Pastinya yang terbaru mestilah lebih baik berbanding versi lama. Tapi apakah perbezaan yangg sebenarnya?

Bilakah diperkenalkan?

Sebenarnya USB 2.0 diperkenalkan pada tahun 2000, manakala USB 3.0 diperkenalkan pada 2008. Lama dah jugak tuh!

Kelajuan data transfer?

USB 2.0 pada kadar 480 Mbps, manakala USB 3.0 pada kadar 10x ganda lebih laju iaitu 4.8 Gbps.

Jumlah Pin (wayar)

USB 2.0 ada 4 pin sahaja. USB 3.0 8 pin.

Jalur lebar (bandwidth)

USB 2.0 cuma boleh transfer data pada satu hala sahaja pada satu masa. Akan tetapi USB 3.0 boleh transfer data 2 hala, iaitu terima & menghantar data. Ini adalah lebih mudah dan mejimatkan masa,

Penggunaan tenaga

USB 2.0 menggunakan 500mAh, manakala USB 3,0 boleh menggunakan sehingga 900 mAh. Yang menariknya USB 3.0 boleh menggunakan lebih tenaga jika diperlukan, dan menjimatkan tenaga jika USB bersambung tapi tak digunakan. Ini adalah lebih cekap dalam penggunaan tenaga.  

Bolehkah USB 2.0 drive digunakan pada port USB 3.0?

Boleh. Tapi fungsinya cuma terhad pada tahap 2.0 saja.

No comments:

Post a Comment