Perbezaan FAT32, exFAT, NTFS



Tahukah anda terdapat beberapa jenis storage format dalam drive/ hard disk anda. Antara jenis-jenis yang utama adalah

1. FAT32
2. exFAT
3. NTFS 

Apakah perbezaan antara format-format ini?

FAT32 (File Allocation Table)

Ia adalah antara jenis file system yang terawal. 32 adalah bermaksud 32-bit. Sebelum versi ini terdapat versi FAT12FAT16. Oleh kerana file system yang terawal, maka hampir semua device atau peranti boleh support ataupun membaca file dalam format ini.

Biasanya smartphone versi Android hanya dapat membaca file dalam format ini. Ini bermaksud jika anda plug in USB drive yang berformat NTFS atau exFAT, ianya tidak dapat membaca kandungan USB tersebut.

Oleh kerana FAT32 bersifat lebih universal, maka banyak juga flash drive @pendrive yang bersaiz kecil (iaitu 32GB dan kebawah) didatangkan dalam format ini.

Kekurangan pada versi ini ialah format sistemnya kurang cekap, maka penghantaran/penerimaan (transfer rate) data adalah perlahan. Sebagai contoh jika anda copy file ke dalam pendrive yang berformat FAT32, ia akan akan mengambil masa yang lebih lama berbanding exFAT dan NTFS. Ia juga tak mampu meyimpan file individu yang bersaiz lebih 4GB.

Jika anda mempunyai pendrive untuk menyimpan file file yang kecil, dan selalu menghubungkan ke smartphone anda melalui fungsi OTG (lihat sini), format FAT32 adalah paling sesuai.

exFAT (Extended File Allocation Table)

Diperkenalkan pada tahun 2006. Ianya adalah versi yang telah di upgrade dari FAT32. Walaupun mempunyai banyak kelebihan berbanding FAT32, malangnya tidak semua smartphone dapat membaca file berformat ini.

NTFS (New Technology File System)

File system ini adalah format yang paling canggih. Windows menggunakan file system ini. Sebab itu jika anda menggunakan computer windows, anda boleh lihat Hard Disk anda berformat NTFS.



Kelebihan NTFS yang utama adalah Transfer Rate yang pantas. Ia juga tiada had pada saiz file. Kalau boleh anda hendakkan semua drive anda berformat NTFS kalau semua device adalah compatible dengannya.
Seperti yang saya nyatakan diatas, kelemahan utama NTFS adalah banyak device yang tidak support format ini. Smartphone Android biasanya tidak dapat membaca NTFS kecuali Samsung smartphone.

Walaubagimanapun, jika anda tetap mahu kekalkan format NTFS pada pendrive anda, ianya masih boleh dibaca oleh smartphone anda dengan beberapa 'tweaks' atau pengubahsuaian yang mudah dengan software. Ianya akan dterangkan lebih lanjut pada post selepas ini.



Cara format ke FAT32, klik SINI

1 comment:

  1. After I initially commented I appear to have clicked on the -Notify me when new comments are added- checkbox and now every time a comment is added I get four emails with the exact same comment. There has to be a means you are able to remove me from that service? Thank you! capital one card login in

    ReplyDelete