Cara Mudah Bateri Handphone Tahan Lebih Lama

Smartphone biasanya selalu saja cepat habis bateri, berbeza dengan handphone model yang lama, di mana ia boleh tahan sehinggaberhari-hari tanpa cas. Ini adalah kerana smartphone terkini bentuknya semakin nipis. Apabila bentuk rekaan phone semakin nipis (seperti kehendak ramai) pengeluar phone terpaksa menggunakan insulator (pembalut) wayar yang seminimum mungkin.

Insulator yang membalut wayar


Didalam sebuah phone, terdapat banyak litar elektronik. Setiap arus elektrik yang mengalir, akan menghasilkan medan elektormagnetik di sekelilingnya. Ini adalah hukum fizik. Medan elektromagnetik yang terhasil ini juga menggunakan tenaga ke sekeliling.

B ialah arah elektromagnetik, I adalah arah arus elektrik.

Kalau anda ingat belajar Fizik di sekolah menengah, pasti teringat gamabarajah ini. 

Jadi didalam telefon bimbit, sebenarnya terdapat banyak medan eletromagnetik yang terhasil di sekelilingnya. Tanpa insulator yang baik, banyak tenaga akan terbuang dengan begitu sahaja.

Biasanya, smartphone kini berbentuk memanjang tegak, maka arus yang dihasilkan diangarkan macam ini.

Litar smartphone biasanya arah menegak ke atas atau bawah.

Maka matlamat kita adalah untuk menambah insulator supaya medan elektromagnetik dapat dibendung sedikit, untuk mengurangkan pembaziran tenaga.

Teori dengan manambah insulator, maka mengurangkan tenaga elektromagnetik terkeluar
Jadi, inilah yang akan ditunujukkan dalam posting ini dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh dapati dalam rumah! 

Apa yang anda perlukan:

1. Alumunium foil (murah saja, Mydin ada jual harga lebih kurang RM3)
2. Kertas (A4 paper pun bole)
3. Selotape
4. Casing phone
5. Gunting
6. Pen atau pensil



Mula-mula lakarkan pada kertas bentuk casing. ianya mestilah kecil sedikit ketika dipotong nanti supaya muat untuk diletakkan dalam phone case tu nanti.



Potong ikut lakaran.

Pastikan ianaya muat dan padan masuk kedalam phone case tu.

Potong aluminium foil pada kelebaran yang sama dengan kertas tu. Lebar sekitar 1cm.
Jarak antara kepingan lebih kurang 1-2mm.
Susun kepingan aluminium foil serapat boleh tapi tidak bersentuh. Tujuan disusun secara melintang kerana mengikuti arah medan elektromagnet yang terhasil dari litar arus yang menegak.  

Kemudian tampal satu persatu dengan selotape. Yang ni susah sikit, kena buat secara cermat dan berhati-hati.

Setelah siap, letakkan kedalam casing dengan aluminium foil menghadap ke bawah.
Siap! Sekarang pakaikan semula casing ke smartphone anda. Kertas beserta foil yang nipis tersebut sepatutnya tidak memberi masalah untuk pasang semula.

Mudah, dan selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment