Handphone memang smooth macam biasa. Kualiti memang bagus. Global ROM ye, bukan China ROM. Kalau pakai China ROM susah sikit (leceh banyak sebenarnye).
Faktor-faktor utama saya suka menggunakan handphone Xiaomi:
1. Murah dan Kualiti2. Bila nak upgrade ke phone lain, senang nak transfer data/files/setting ke phone baru. Gunakan app Mi Mover. (Fungsi seperti ni juga terdapat pada iPhone)
Kenapa Xiaomi boleh jual handphone pada harga murah (dengan spec yg setanding)?
Kerana Xiaomi TIDAK membelanjakan banyak kos untuk iklan. Pernah ke anda nampak iklan Xiaomi pada billboard atau iklan TV? Mesti tiada kan. Xiaomi cuma bergantung pada social media dan buah mulut saja (barang baik mesti org promote mulut ke mulut kan).Xiaomi Mi Max 2 Spesifikasi
Skrin 6.44" inci
RAM 4GB
ROM 64GB
Fingerprint sensor
Qualcomm Snapdragon 625 Octa Core 2.0GHz
Rear Camera 12MP
Front Camera 5MP
Bateri 5300mAh
MicroSD slot sehingga 256GB
Apa yang best?
Skrin besar.Memory besar.
Bateri tahan lama.
Fingerprint sensor.
Kamera ok la (walau tak sehebat Huawei P20).
Apa yang kurang best?
Fungsi voice recorder yang kurang jelas (model Redmi Note lebih baik).Earphone tak disediakan.
Berbaloi tak?

KLIK SINI |
*Casing ni betul untuk Mi Max 2 walaupun tulis Oppo situ |
No comments:
Post a Comment