Bagaimana mendaftar sebagai pembeli dengan Lazada

Mudah saja. Ikuti langkah-langkah di bawah.

Pertama sekali , anda boleh layari https://www.lazada.com.my/ atau download saja App Lazada dari Google Play. Pendaftran adalah PERCUMA.

Pastikan logo app berupa begini, setakat ini logo masih belum berubah.


Saya mencadangkan download saja app Lazada ni, kerana banyak diskaun disyaratkan membeli menggunakan App. Saya sudah membeli berpuluh-puluh (mungkin hampir 100) barang dari Lazada sejak >2tahun lalu, dan jarang menghadapi masalah. Jika ada masalah pun, saya akan hubungi Customer service untuk selesaikan. Setakat ni berpuas hati.

Setelah selesai install, pergi ke ruang Login/Sign Up.   
 

Jika keluar popup begini, klik mana-mana pun takpe. Klik Allow pun boleh, tidak membahayakan keselamatan phone anda 

Klik pada Sign up

Anda akan dibawa ke tab ni

Isikan makumat Nama, Email, dan password.

Klik SIGN UP
Selesai pendaftaran, sekarang perlu kemaskini Alamat Penghantaran. Boleh letak alamat rumah atau tempat kerja. (Saya sendiri biasanya akan hantar ke tempat kerja untuk lebih mudah, kerana penghantaran biasanya dibuat pada waktu pejabat) 

Isikan Alamat dan klik SAVE.

Ini bahagian Setting, jika anda perlu Logout. Tapi tak perlu logout pun. 

Anda akan terima email sebegini sebaik saja selesai pendaftaran. Sekadar pengesahan, tidak perlu respon kepada email ini.


Selesai. Mudah, bukan?

Bagaimana membeli dari Lazada? Klik Sini.