Apakah itu 'Server' ?

Apakah fungsi server?

Bagi yang masih tertanya-tanya apakah fungsi server, berikut adalah penerangan ringkas.

Server ialah komputer yang berfungsi menyampaikan maklumat kepada komputer lain. Komputer-komputer lain ini dipanggil Client, boleh menyambung kepada server sama ada melalui rangkaian kawasan setempat Local Area Network (LAN) atau rangkaian kawasan luas Wide Area Network (WAN), seperti Internet.

Terdapat beberapa jenis server, termasuk Web server, Mail server, dan File server. Web server menghantar/memaparkan laman web kepada komputer yang bersambung dengannya. Ia juga boleh mentafsirkan Scripting Language seperti PHP, ASP, dan JSP. Mail server pula menyimpan akaun email pengguna dan menghantar dan menerima mesej email. Sebagai contoh, apabila anda menghantar email kepada rakan, mesej dihantar oleh Mail server, menggunakan protokol SMTP.


Manakala File server pula adalah komputer yang menyimpan fail yang boleh diakses oleh komputer lain. File server yang sering digunakan dalam rangkaian tempatan (LAN) dan biasanya memerlukan kata laluan atau beberapa jenis pengesahan untuk bersambung dengannya.

Ini hanya adalah beberapa contoh beberapa server biasa, terdapat juga beberapa jenis server yang lain. Sebenarnya, mana-mana komputer pun boleh berfungsi sebagai server asalkan ada install server software. Walaupun server biasanya tidak memerlukan banyak kuasa pemprosesan, RAM yang besar dan hard disk yang laju adalah penting untuk mengendalikan data traffic yang besar antara server dan client.

No comments:

Post a Comment