Perbezaan antara 32-bit dan 64-bit?

Apakah perbezaan di antara 32-bit dan 64-bit?

Dalam pengkomputeran, 32-bit dan 64-bit dua jenis processor yang berbeza. Bilangan bit (biasanya 8, 16, 32, atau 64) merujuk kepada berapa banyak memori pemproses yang boleh akses dari CPU register.

Kebanyakan komputer yang dibuat dalam tahun 1990-an dan awal alaf 2000 adalhe jenis 32-bit. Satu sistem 32-bit boleh mengakses 232 (4,294,967,296) memory address. Sebenarnya, komputer 32-bit adalah terhad kepada mengakses 4,294,967,296 byte (4 GB) RAM. Oleh kerana kebanyakan komputer yang dikeluarkan sejak dua dekad yang lalu telah dibina pada satu arkitektur 32-bit, sistem operasi yang dihasilkan untuk berfungsi pada pemproses 32-bit.

Sekitar 2008, processor 64-bit menjadi semakin popular dan banyak komputer mula memasukkan CPU 64-bit. Dengan itu, sistem operasi yang terkenal, seperti Windows dan Mac OS X mula memasarkan kedua-dua edisi 32-bit dan 64-bit, yang membolehkan processor demikian berfungsi pada sama ada 32 atau 64-bit hardware.

Walaupun pemproses 32-bit boleh mengakses 232 alamat memory, manakala pemproses 64-bit boleh mengakses 264 alamat memory, ini tidak bermaksud 64-bit hanya boleh mengakses 2x ganda daripada pemproses 32-bit. Akan tetapi, peranti 64-bit secara teorinya boleh mengakses  alamat memory daripada 18 bilion GB RAM (secara teori sahaja lah). Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, cuma terdapat beberapa komputer sahaja yang secara fizikal boleh menyokong lebih daripada 64 GB RAM.

Walaupun banyak program 32-bit boleh berfungsi pada sistem operasi 64-bit (OS), tetapi program 64-bit tidak serasi dengan sistem operasi 32-bit. Selain itu, banyak drivers 32-bit dan utiliti sistem tidak serasi dengan sistem 64-bit. Oleh itu, apabila membeli atau memuat turun perisian baru, ia adalah penting untuk mengetahui samada 32-bit atau 64-bit OS yang dipasang pada komputer anda.

No comments:

Post a Comment