Bagaimana menjadikan text 'Bold', 'Italic', atau 'Strikeout' pada Whatsapp?

Kini hampir semua orang memiliki smartphone tak kira dari segenap sudut masyarakat. Dan setiap orang yang memiliki smartphone, hampir pasti menggunakan aplikasi pesanan ringkas yang paling popular kini iaitu Whatsapp.

Mengikut data dari Google Play, aplikasi Whatsapp ini telah didownload sebanyak 1 billion kali. Fuhh, banyak giler tuh! Populasi dunia kini sekitar 7.4 billion, itu bermaksud hampir setiap 1 daripada 8 orang di dunia ini menggunakan Whatsapp. 

Okay, anda boleh lihat daripada text di atas, saya menunjukkan contoh text BOLD, ITALIC, dan STRIKEOUT. Dengan menggunakan fungsi ini, kita dapat memberikan penekanan yang lebih jelas atau berbeza-beza untuk point tertentu. Walaupun mungkin ramai yang dah tahu meggunakan fungsi ini, namun di sini saya ingin menunjukkan sekali lagi bagaimana caranya.


1. Untuk BOLD ===> letakkan simbol * pada sebelum dan selepas ayat/perkataan. 
Contoh:-  *kata*  ==> ianya akan jadi seperti ini ===> kata


2. Untuk ITALIC ===> letakkan simbol  _  (underscore) pada sebelum dan selepas ayat/perkataan. 
Contoh:-  _kata_  ==>  kata


3. Untuk STRIKEOUT ===> letakkan simbol ~ pada sebelum dan selepas ayat/perkataan. 
Contoh:-  ~kata~  ==> kata




Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment