Web carian terbesar, iaitu Google kini cuba meningkatkan lagi perkhidmatannya atau pemahamannya dalam semua jenis bahasa. Ini termasuklah
Bahasa Malaysia. Sebelum ini Google telah melancarkan
web search with voice beberapa tahun lalu. Ianya nampak cuma terhad kepada bahasa Inggeris.
Baru-baru ini saya baru saja sedar bahawa
Google telah mula memahami
voice input dalam Bahasa Malaysia. Ianya sangat bagus kerana dapat menangkap percakapan walaupun berbeza sedikit
slang. Kadar ketepatan Google memahami
input suara ini adalah sekitar 80% (atau mungkin lebih). Saya sendiri telah mencubanya.
Di sini saya ingin tunjukkan bagaimana hendak menukarkan
voice input setting kepada Bahasa Malaysia. Ikuti langkah-langkah dibawah.
 |
Pertama sekali, klik pada icon Google Apps |
 |
Anda akan disuakan dengan homepage Google. Klik pada butang di atas kiri. |
 |
Kemudian anda akan lihat setting pada akaun anda |
 |
Pilih 'Search language' |
 |
Pilih Bahasa Melayu (Malaysia) |
 |
Dan selepas itu anda boleh lihat voice search anda dengan setting Bahasa Melayu (Malaysia) |
===> Jika anda tidak dapat cari butang
Google Apps pada skrin
smartphone anda, anda boleh cuba kaedah ini. Pergi ke
Google Play, dan
search 'google apps'.
 |
Anda akan lihat app ini anda telah install, klik pada logo tesebut |
 |
Klik OPEN, anda akan dibawa ke homepage Google tadi. |
No comments:
Post a Comment