Smartwatch Paling Murah

Konsep jam tangan telefon telah lama wujud dahulu, tapi ianya masih kurang popular. Saya masih ingat ketika saya membeli jam tangan telefon saya yang pertama sekitar tahun 2012-2013. Harganya pun RM400, itu pun dikira sudah cukup murah pada masa itu.

Lewat kini, gajet smart watch semakin dikenali, antara jenama yang mempopularkannya adalah Samsung menerusi S Gear. Jam tangan telefon dahulu adalah sedikit berbeza dengan smart watch, jam tangan tersebut adalah dengan sendirinya sebuah telefon (yang boleh dimasukkan sim card). Kini, konsep smart watch adalah lebih menarik dimana ianya adalah perantara dengan telefon bimbit yang dihubungkan melalui teknologi bluetooth.

Sebagai menjadi alat perantara handphone dengan pengguna, pengguna tidak perlulah mengeluarkan handphone dari poket setiap kali hendak melihat notifikasi, ianya hanya boleh dilihat menerusi smart watch. Mudah dan praktikal bagi orang yang sentiasa sibuk. 

Saksikan video review dibawah untuk gambaran lebih lanjut.



Kelebihan smart watch di atas

  • Harga yang murah
  • Bentuk rekaan yang bergaya
  • Boleh menjawab telefon ketika memandu tanpa perlu menggunakan handphone (akan tetapi anda tetap dinasihati untuk memberhentikan kenderaan ketika menjawab panggilan telefon atas faktor keselamatan)
  • Melihat notifikasi message dari jam tangan tanpa mengeluarkan handphone dari poket yang ketat.
  • Mempunyai fungsi pedometer. (Bagi pengguna yang mementingkan senaman dan kalori)
  • Mempunyai fungsi remote control kamera.  

Kekurangan

  • Bateri yang terhad ketahanannya. (Pengguna aktif mungkin kehabisan bateri sebelum 1 hari)
  • Skrin sentuh yang kurang sensitif. (Ini kerana skrin tersebut terlalu kecil dengan hujung jari yang besar)
  • Tiada indicator bateri pada skrin utama. (Pengguna perlu masuk ke dalam ruangan setting --> battery untuk melihat baki kuasa bateri)
  • Nampak sedikit besar pada tangan yang kurus 

*Pada masa post ini ditulis, harganya sekitar RM 23.

Smart Watch M26s

Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai bajet yang lebih sedikit, saya mencadangkan model yang ini, kerana terdapat lebih banyak ciri (cth:- mempunyai slot sim card, kamera), bateri tahan lebih lama (1-3 hari) dan lebih bergaya.

Lebih banyak paparan fungsi pada Home screen 




Berbaloi tak?

 2 bintang


.

No comments:

Post a Comment