Evernote - Apps Percuma untuk Pelajar


Kali ini saya hendak memperkenalkan satu app yang sangat berguna terutama sekali untuk para pelajar tak kira sekolah atau universiti. Yang penting sekali ianya PERCUMA. Ia boleh didapati untuk system Android dan iOS.

Evernote adalah aplikasi untuk menyimpan nota-nota / dokumen / gambar dll pada akaun anda dan dapat di'akses' dari gajet-gajet yang lain selagi dalam akaun yang sama.



Data apakah yang boleh disimpan pada Evernote:-

1. Gambar foto
2. Attachment (image, pdf etc)
3. Audio
4. Reminder
5. Handwriting (tulis dengan tangan pada smartphone dan simpan)
6. Text note (taipkan pada smartphone anda dan simpan)



Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, yang paling menarik mengenai App ini adalah:- ianya dapat sync dengan gajet-gajet anda yang lain seperti tablet, laptop, atau smartphone yang lain secara automatik. Inilah fungsinya yang saya sangat suka!

Contohnya, jika anda tangkap satu gambar dan save di akaun Evernote, kemudian jika anda buka akaun Evernote di tablet anda, anda akan dapat melihat gambar tersebut.

Bagi saya, ianya sangat berguna pada saya untuk menyimpan nota-nota peperiksaan saya, dan saya dapat meng'akses' ke nota tersebut dari gajet-gajet yang lain kepunyaan saya.

Cubalah App ini. Ianya boleh didapati di Google Playstore dan iTunes.

1 comment:

  1. Simply desire to say your article is as surprising. The clearness in your post is just nice and i can assume you're an expert on this subject. Fine with your permission let me to grab your RSS feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please continue the enjoyable work. aol mail sign in

    ReplyDelete