TV Murah dan BESAR giler!

Kami baru saja beli TV murah dari online. Prosesnya mudah saja, TV pun sampai dalam seminggu gitu. Walaupun rasa gegar jugak nak bayar harga RM 1K lebih, tapi seller memang boleh dipercayai. Boleh wassap terus tanye dia, memang ada kedai dia di Rawang.


Memang dah lama cari TV yang besar 55" inci untuk lekat di dinding. Tengok pun puas hati, boleh buat monitor kepada computer pun boleh jugak.

Skyworth TV 55"


Lama jugak survey cari TV 55" mana yang paling murah. Biasanya TV 55" yang branded harga mau dekat RM3000. Tapi saya jumpa pula brand Skyworth ni, harga sekitar RM1600.

Boleh percaya ke jenama Skyworth ni?

Skyworth ni saya rasa jenama baru, saya pun baru dengar je. Tapi lepas tahu yg depa OEM sama je dengan Toshiba, baru rasa yakin nak beli.

Ada Waranti?

Ada. 2 tahun waranti dari Toshiba. Yang penting simpan resit dan warranty card.

Apa fungsinya? Macam smart TV ke?

Tv ni bukan smart TV ye, tapi adalah TV digital, maksudnya boleh terima siaran digital, cuma pakai indoor antenna elektrik (yang boleh beli kat MrDIY harga kurang RM20) boleh dapat siaran-siaran asas. Gambar memang jelas clear.

Ports apa yang ada?

USB port x2
HDMI/MHL x1 (yang ni guna untuk wireless cast mirror image dari handphone ke TV)
HDMI x2 (tak termasuk portHDMI diatas)
VGA x1


Apa dalam kotak?

TV
Remote control + battery AAAx2
TV stand (kanan & kiri)
Wall mount (kena beli drill & mata drill size 10x160mm kalau nak pasang sendiri).

Rupa pakej ketika diterima



Boleh tengok harga terbaru di sini. Klik pada gambar dibawah.

TV jenama Skyworth
KLIK SINI

Berbaloi tak?

 4.5 bintang


*Update 12/3/2024 - TV masih berfungsi baik. Dah hampir 6 tahun tu. Dan sekarang pun dah mula nampak papan-papan iklan billboard iklankan produk elektronik jenama Skyworth

25 comments:

  1. Astro remote bole pair x dengan tv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya bole. Tapi saya tak pernah cuba. Maaf rumah sy tak pakai astro

      Delete
    2. Mcm tak boleh je pair dgn astro

      Delete
    3. Boleh je..buat dkt tv rumah ayah....function elok je...

      Delete
    4. boleh.. pilih toshiba.. sy dah buat..

      Delete
  2. Boleh cucuk usb x utk tgk movie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Ada 2 port USB.
      Nak record siaran TV pun bole. Save dlm pendrive

      Delete
  3. macam mne nk sambung speker..cucuk yg warna hijau tu ade ke

    ReplyDelete
  4. meh sy jawabkn.. sy baru beli.. 50inci android tv.. harga RM1.3k je.. tv 4k.. boleh pair dgn astro.. pilih yg toshiba sbb dia bwh toshiba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya utk set tv dkt remote astro tu boleh pilih toshiba ke walaupun tv jenama skyworth?

      Delete
  5. Kalau ada yang tanye TV skyworth ok ke? Memang ok, dah 2 tahun gitu pakai, ok je setakat ni. Puas hati. Barang baik

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. saya tak pasti apa ni. Takde kot

      Delete
    2. ada rasanya sebab tengok gambar dapat freeview tu. buka freeview tak perlu dekoder kan tv ni? kalau tak perlu dekoder mytv tu maknanya ada dttv tu.

      Delete
  7. hi..tau x cmne nk adjust brightness mase tgk tv online...tv skyworth ni..sy pkai yg 43 inci..klu tgk youtube cerah sgt ..skit mata

    ReplyDelete
  8. pembohong....antara syarikat paling teruk service. staff di pusat service paling teruk.

    ReplyDelete
  9. komen yg buruk di padam.suatu pemyesalan beli tv skyworth.

    ReplyDelete