Tips Jimat Tenaga Aircond

Tips jimat elektrik untuk pendingin hawa agar bil anda tak melambung.


1. Letak setting suhu 24-26 darjah Celcius. Suhu ni sudah cukup nyaman sebenarnya, ia cuma sedikit rendah dari suhu bilik biasa 27 darjah Celcius.

2. Guna setting 'Dry' (simbol titisan air),  bukan 'Cold' (simbol molekul ais).

3.  Pilih air cond yang tinggi bintang kecekapan tenaga. Air cond inverter biasanya semua 5 bintang. Rujuk SINI.

4. Pastikan pintu bilik atau tingkap tertutup. (Ni korang pun tau kot).

5. Cuci aircond jaring penapis udara (air filter) anda dengan lebih kerap. Technician aircond mungkin akan sarankan bersihkan penapis ni sebulan sekali. Senang je, ikuti langkah di bawah.



Setting yang jimat tenaga

Setting yang kaw-kaw sedut tenaga

Cara Cuci Jaring Penapis Udara Pendingin Hawa


1. Contoh yang saya tunjukkan adalh yang jenis wall-split. Anda akan perlukan tangga untuk sampai ke aircond ni. Bole je beli kat Mr DiY tangga lipat. Harga sekitar RM80.


2. Buka penutup aircond. Tarik dari tepi dua-dua belah. 


3. Anda akan nampak 2 jaring penapis. Biasanya memang akan ada dua jaring. Tarik dengan berhati-hati. 



Inilah rupa 'Heat Transfer Fin' setelah cabut jaring penapis tu.

4.Apa lagi, cucilah kedua-dua jaring ni. Nak senang, sembur je dengan air dari belakang jaring.


5. Keringkan. Nak lap pun bole. Lepas tu pasang semula. Siap! 


Sila share jika rasa berguna. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment