Apakah maksud Crypto dan Blockchain?

Bila harga bitcoin makin menaik, maka ramai orang bertumpu semula ke crypto. Tapi adakah ramai orang betul-betul faham apakah maksud sebenar cryptocurrency atau blockchain? 

Pertama sekali, penafian (disclaimer) saya adalah, saya bukanlah terpaling expert / pakar dalam bidang ini, tapi saya akan cuba menerangkan dalam bahasa mudah apakah sebenarnya benda alah ni.

Mukadimah

Perkataan crypto asalnya bukanlah dari cryptocurrency semata. Ianya adalah berasal dari perkataan Cryptograph. Cryptograph adalah kod-kod yang ditulis atau dilaksanakan di atas Blockchain

Blockchain pula adalah rangkaian (network) komputer yang banyak untuk verify/validate transaksi yang menggunakan cryptograph. Lagi banyak computer, lagi kuat/selamat rangkaian tersebut.

Bila wujudnya Blockchain, maka diwujudkan token atau matawang (currency) untuk memberi ganjaran kepada sesiapa yang menyumbang kepada rangkaian ini. Penyumbang kepada network ini dengan menyediakan Computing power kepada rangkaian blockchain dipanggil Miners. Miners ni bukanlah macam orang pegi melombong kat korek tanah kat terowong tu. Duduk-dduk kat rumah je yang penting sentiasa ON computer dan connected to internet. Lagi hebat komputer tersebut, lagi banyak computing power (hash rate) yang disumbangkan, maka lagi banyak reward/ganjaran yang dapat.  


Sejak bila ada crypto?

Bitcoin adalah matawang crypto yang pertama dihasilkan, ianya telah direka oleh Satoshi Nakamoto, seorang cryptographer yang identitinya tidak dapat dipastikan hingga kini. Beliau telah menulis whitepaper bitcoin pada tahun 2008. Anda boleh baca disini

Maka pada Januari 2009, Bitcoin telah dilancarkan. Dan setakat ini blockchain bitcoin belum pernah berjaya digodam (hacked). 

Disebabkan sistem blockchain bitcoin ini tersangat secure, maka banyak pelabur, institusi dan pengguna runcit mula menggunakan BTC sebagai mod pembayaran.

Kenapa kena ada blockchain?

Teknologi blockchain ni agak baru sejak wujudnya bitcoin. Tapi bukan bitcoin satu saja yang ada blockchain, selepas kewujudan bitcoin, wujudlah blockchain-blockchain lain seperti  Ethereum, Cosmos, Arbitrum, Optimism dan banyak sangat lagi.

Teknologi blockchain ini sangat berguna untuk tujuan aplikasi smart contract di atasnya. Dan transaksi ini lebih telus kerana terdapat rekod transaksi yang terpapar di lejar blockchain masing-masing. 

Sekali lagi saya tekankan bahawa teknologi blockhain ini adalah penting, kalau tak, takde lah wujudnya institusi untuk mengkaji blockchain. Di University College of London (UCL) tu pun ada pusat kajian blockchain. UCL tu, antara universiti terkemuka dunia. Rujuk blockchain and defi lab mereka di sini.    


Di Malaysia pun ada pakar dalam bidang blockchain seperti Dr Saaidal, rujuk sini. Terdapat juga kumpulan-kumpulan usahawan yang membangunkan projek blockchain samada peringkat tempatan atau antarabangsa. 

Kenapa ada jual beli matawang crypto?

Seperti yang saya nyatakan di atas, miners mendapat ganjaran dari kerja-kerja mining. Ganjaran adalah dalam bentuk coin/token. Tapi token ini berupa aset digital, bukan aset fizikal. 

*Kalau nak pertikaian isu kewujudan aset digital ni, saya memberi analogi mudah spt Microsoft Windows software. Benda bukan fizikal boleh pegang kat tangan, tapi kalau nak install, kena bayar/beli dengan duit kan?

Maka, token yang diperoleh oleh indivdu atau pihak tersebut boleh lah didagangkan atau ditukar ke wang fiat. Proses jual beli boleh berlaku samada di Centralized exchanger (spt Binance, Kucoin, Luno dll) ataupun Decentralized Exchanger spt Uniswap dll. Boleh juga ditukar dgn individu lain atas dasar suka sama suka, konsep ini dipanggil Peer-to-Peer (P2P). 

Apabila sesuatu aset itu boleh didagangkan atau dijual beli di exchanger, maka para pedagang (traders) akan membuat keuntungan dengan spekulasi harga dlm pasaran. Maka sebab itulah berlaku jual beli dgn rancaknya di pasaran cryptocurrency sebab orang nak buat untung, bukan semestinya sebab dia pengguna secara langsung teknologi blockhain pun. 

Kesimpulan

1. Bitcoin adalah matawang crypto pertama. Ada beribu-ribu matawang crypto lain yang wujud selepas itu.

2. Cryptograph berfungsi di atas blockchain. 

3. Blockchain adalah teknologi baru yang penting dan semakin mendapat perhatian para pemain industri.

4. Traders boleh membuat keuntungan dengan berdagang crypto melalui spekulasi harga di pasaran.


*Diharap artikel di atas dapat memberi pemahaman lebih jelas kepada awam yang masih tertanya-tanya atau mencari jawapan tentang teknologi blockchain dan cryptocurrency.  

Artikel di atas diinspirasikan dari blog www.capayam.com 

Nak tahu pasal 'Bitcoin Halving'? Baca sini..

No comments:

Post a Comment