Jun 24, 2016

Lenovo K3 Note review


Spesifikasi

> Dual SIM (Micro-SIM)
> 5.5 inci FullHD IPS paparan LCD
> Octa-core 1.7GHz Cortex-A53 CPU (MediaTek MT6752 chipset)
> 2GB RAM
> 16GB ROM  (berserta slot microSD) 
> 13MP kamera utama dengan lense f / 2.0 , dual-LED flash
1080p @ 30fps rakaman video
> 5MP kamera hadapan
> Android 5.0 Lollipop dengan Vibe UI 2.0
> 4G LTE, 
> Wi-Fi b/g/n dengan hotspot
> v4.1 Bluetooth
> GPS dengan A-GPA dan GLONASS
> Radio FM
> 3,000 mAh Li-Ion bateri


Masa telah berubah begitu pantas sekali. Tidak begitu lama dahulu anda tidak mungkin mendapatkan telefon pintar canggih untuk harga sekitar RM400, dan hari ini, dengan harga seperti ini anda mampu mendapatkan smartphone yang baik seperti Lenovo K3 Note. Ia merupakan satu phablet skrin besar dengan harga berpatutan walau sedikit kekurangan pada komponen yang penting.

Skrin

Bermula dengan paparan Full HD 5.5-inci, skrin K3 Note adalah memuaskan jika dibandingkan dengan smartphone Lenovo lain yang berspesifikiasi lebih rendah.


Processor

Dari segi processor, ia dilengkapi chipset MediaTek dalam kelas Snapdragon 615, dikuasakan oleh 2GB RAM, dan Android Lollipop. Ciri-ciri yang canggih ini mampu bertahan agak lama sebelum menjadi outdatedTambahan pula kamera utama 13MP dengan dual LED flash dan kamera hadapan 5MP, anda pasti berpuas hati dengannya. 


Pembuatan/Material

Walaupun material pembuatannya tidaklah high-end, namun bahan plastik yang digunakan adalah lembut dan selesa disentuh, dan skim warna Yellow Laser tampak menyerlah. Yang bagusnya, baterinya boleh ditanggalkan dan diganti. Ini merupakan ciri yang kami suka walaupun banyak smartphone lain versi baru tidak begitu.
Kini, gajet berskrin besar pada harga bajet telah menjadi aspek yang lumayan bagi banyak pengeluar gajet dan menjanjikan hardware yang lebih baik.  Apatah lagi oleh pengeluar-pengeluar gajet dari negara China tidak terkira banyaknya dan ada juga yang kita sendiri tak pernah dengar jenamanya.


Xiaomi Redmi Note adalah antara perintis dalam kategori ini dan juga menghasilkan Redmi Note 2 dengan spesifikasi yang lebih berkuasa. Sementara itu, M2 Note dari Meizu juga adalah pencabar terdekat. Ia juga merupakan phablet yang pada harga berpatutan dan ini mencetuskan revolusi telefon pintar berkuasa tinggi tapi berharga rendah. Kedua-kedua smartphone ini adalah pesaing utama walaupun K3 Note berada di pasaran lebih awal sedikit beberapa bulan. 

Nampaknya pengeluar-pengeluar smartphone selain China akan mengalami kesukaran untuk bersaing dari segi harga dengan jenama-jenama dari China ini. Jika pengeluar lain hendak menurunkan harga sekalipun, mereka terpaksa mengorbankan beberapa ciri-ciri penting seperti resolution, processor, ataupun kamera. 



Kesimpulan

  1. Reka bentuk yang simple, tapi kukuh. 
  2. Paparan skrin LCD yang tajam, tetapi sedikit malap.
  3. Hayat bateri adalah sedikit mengecewakan (3,000 mAh), sukar bertahan lama dengan 4G LTE connection
  4. Bateri boleh ditukar.
  5. CPU dan prestasi yang lancar. Grafik yang baik.
  6. Speaker dan bunyi memuaskan
  7. Galeri yang sangat asas, hanya boleh membuat sedikit editing.
  8. Video 1080p sedikit kurang detail.





No comments:

Post a Comment