Cara 'duplicate' kunci 'remote control' kereta Perodua Viva dan Myvi

Kali ini saya ingin menunjukkan bagaimana cara untuk menduplicate kunci remote control kereta. Jika anda pengguna Perodua Viva, Kelisa, Kenari atau Myvi yang lama, pastinya artikel dapat memberi manfaat kepada anda yang hendak menambah kunci spare tambahan.

Jika anda hendak duplicate remote ini di kedai, harganya adalah sekitar RM50 - RM80. Banyak jugak tuh. Apa kata anda buat sendiri saja?

Sila tonton video demonstrasi di bawah.



Ini adalah langkah-langkah sebagai ringkasan daripada video di atas.

1. Masukkan kunci kereta kedalam starter.

2. Pulas kunci kereta sehingga ON (sehingga nampak indicator battery menyala, tapi bukan sehingga hidupkan enjin).

3. Pulas ke OFF semula.

4. Ulang langkah di atas ON-OFF sebanyak total 5 kali.

5. Selepas anda ON kali yang ke-5, hon kereta akan berbunyi (atau bagi model yang lebih baru, akan nampak lampu LED merah menyala).

6. Tekan butang hijau untuk remote pertama 2x (keluar bunyi hon), kemudian tekan remote kedua 2x (bunyi hon keluar lagi).

*(Video di atas ada sdikit kesilapan dimana saya tekan kedua-dua remote serentak, jadi salah satu remote saja yang direcord oleh sistem alarm kereta, satu lagi tak berkesan, jadi kena ulang semula. Minta maaf byk2 atas ralat.)

7. Ketika ini, remote baru telah diduplicate, OFF kunci, dan cabut. Hon akan berbunyi sekali lagi.

8. Selesai.





Bateri untuk remote control. RM2.50 je kat kedai MR. D.I.Y


.

32 comments:

  1. Bila tekan dua2 x leh duplicate yg baru. Knp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf tuan, kena tekan remote satu-persatu. 1st Remote tekan 2kali (hon berbunyi), kemudian 2nd remote tekan 2x (ho berbunyi lagi). Selesai, cabut kunci.

      Tuan boleh rujuk semula instruction di atas. Saya dah betulkan.

      Minta maaf sekali lagi atas kesulitan.

      Delete
    2. Ada kedai ckap klu bt mcm ni enjin akan hidup dlm 10 min Sja.. Btol ke lpas tu enjin mati..

      Delete
  2. Kalau remote lama hilang .. nak buat yang baru still boleh pakai ke cara ni? Tanpa remote lama

    ReplyDelete
  3. Kalau nak cuba kat van toyota hiace boleh ke?

    ReplyDelete
  4. Untuk remote yg dah guns, kita reset blk utk guna kat kereta lain boleh tak

    ReplyDelete
  5. Cuba kat keta lain mmg jd tp kali ke 6 alarm berbunyi, pastu ikut mcm d kata 2x tekan remote asal n remote kedua tp xjd. Huhu

    ReplyDelete
  6. System alarm saya sudah ditukar kepada jenama lain (bukan yg asal kerata) agak² boleh buat tak mcm ni?

    ReplyDelete
  7. Thorbaiikkk lah Gajet[dot]net info anda telah berjaya diselesaikan.
    Upanya kedua² remote kena wat satu persatu lau x satu remote jer berfungsi πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  8. Tuan..kalau Kita setting kunci spare yg baru..macam mana lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je. Seperti Di atas. Tekan satu persatu. Cth: tekan 2x kunci baru, kemudian tekan 2x kunci lama.

      Delete
  9. Boleh tuan. Selepas bunyi hon tu, tekan remote lama 2x dah hon berbunyi, lepas tu tekan remote baru 2x dan hon berbunyi lagi. Selesai. Cabut kunci.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. boleh klik di link pada gambar, boleh beli online

      Delete
  11. Terima kasih banyak tuan atas perkongsian ilmu yg sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  12. Kalau remote asal dah hilang...ada x cara nk guna reveiver set lama tapi dgn membeli remote baru?. Tq

    ReplyDelete
  13. Bole je. Lebih dari satu pun bole

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi alarm sistem dlm kereta masih ok, bole je gunakan kaedah diatas

      Delete
  14. slepas copy remote lama tidak berfungsi...macam mana nak buat?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Minta maaf tuan, kena tekan remote satu-persatu. 1st Remote tekan 2kali (hon berbunyi), kemudian 2nd remote tekan 2x (ho berbunyi lagi). Selesai, cabut kunci.

      Tuan boleh rujuk semula instruction di atas. Saya dah betulkan.

      Delete
    2. yg asal dh x jadi...so boleh baiki lg x yg asal tu? ke kna beli yg baru?

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Sy dah ikut instructions kat atas tu tp x berjaya la admin.. Remote lama da rosak.. Sy cuba pusing 5x kunci bunyi hon lepas tu tekan butang hijau 2x off, on bunyi tp x berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun cuba, tapi x jadi. Remote Ori rosak. Macamana nak program remote baru tanpa yg ori?

      Delete
  17. Sy dh turn on off lima kali tp xjadi ape...knpe yee?

    ReplyDelete
  18. 2x yg pertama pada remote asal...bersambung dengan 2x pada remote baru yg hendak diduplicate..kemudian boleh off kunci..harap dpt membantu

    ReplyDelete
  19. old remote sudah rosak boleh diduplicate tidak old remote ?

    ReplyDelete