TV Murah dan BESAR giler!

Kami baru saja beli TV murah dari online. Prosesnya mudah saja, TV pun sampai dalam seminggu gitu. Walaupun rasa gegar jugak nak bayar harga RM 1K lebih, tapi seller memang boleh dipercayai. Boleh wassap terus tanye dia, memang ada kedai dia di Rawang.


Memang dah lama cari TV yang besar 55" inci untuk lekat di dinding. Tengok pun puas hati, boleh buat monitor kepada computer pun boleh jugak.

Skyworth TV 55"


Lama jugak survey cari TV 55" mana yang paling murah. Biasanya TV 55" yang branded harga mau dekat RM3000. Tapi saya jumpa pula brand Skyworth ni, harga sekitar RM1600.

Boleh percaya ke jenama Skyworth ni?

Skyworth ni saya rasa jenama baru, saya pun baru dengar je. Tapi lepas tahu yg depa OEM sama je dengan Toshiba, baru rasa yakin nak beli.

Ada Waranti?

Ada. 2 tahun waranti dari Toshiba. Yang penting simpan resit dan warranty card.

Apa fungsinya? Macam smart TV ke?

Tv ni bukan smart TV ye, tapi adalah TV digital, maksudnya boleh terima siaran digital, cuma pakai indoor antenna elektrik (yang boleh beli kat MrDIY harga kurang RM20) boleh dapat siaran-siaran asas. Gambar memang jelas clear.

Ports apa yang ada?

USB port x2
HDMI/MHL x1 (yang ni guna untuk wireless cast mirror image dari handphone ke TV)
HDMI x2 (tak termasuk portHDMI diatas)
VGA x1


Apa dalam kotak?

TV
Remote control + battery AAAx2
TV stand (kanan & kiri)
Wall mount (kena beli drill & mata drill size 10x160mm kalau nak pasang sendiri).

Rupa pakej ketika diterima



Boleh tengok harga terbaru di sini. Klik pada gambar dibawah.

Skyworth TV 55"
KLIK SINI

Skyworth TV 50"
KLIK SINI


2 comments: