Air cond inverter paling murah beli online

Saya baru je pindah rumah 4 bulan lepas. Bila masuk rumah baru aircond takde lagi. Musim-musim panas ni dia punya panas ya ampunn. Mesti kena pasang aircond sebijik sekurang-kurangnye untuk bilik tidur.

Rumah lama saya pakai aircond lama jenis non-inverter, dia punye kuat makan elektrik memang terok. Bil api biasanya sekitar RM250 walaupun untuk rumah apartment yang kecil, ada 2 aircond. 

Jadi saya tekad lepas-lepas ni kalau nak pakai aircond mesti pakai yang inverter. Kalau bukan energy-efficiency 5-bintang, 4-bintang pun bole lah. 

Macam dalam artikel saya yang sebelum, saya kalau nak beli barangan elektrik yang besar, saya akan beli melalui Lazada berbanding platform yang lain. 

Sama juga seperti item besar yang lain, kena semak betul2 harga kos penghantaran dia. Ada yang letak harga aircond murah tapi penghantaran mahal giler. 

Seller yang ni dia siap bagi free delivery lagi! Dah la harga murah, free shipping pulak tu (pada masa tu ada offer free shipping rasanye). Lepas tu saya upah aircond installer tempatan, dia charge RM330. Ok la tu keje dia buat ok.

Ni dia Haier 1HP inverter HSU-10VTH 


Dia siap bagi free gift, macam bekas kaca/clay kecik bole buat isi sambal tu. 

Gambar kotak dan selepas pasang.


No comments:

Post a Comment