Bila harga bitcoin makin menaik, maka ramai orang bertumpu semula ke crypto. Tapi adakah ramai orang betul-betul faham apakah maksud sebenar cryptocurrency atau blockchain?
Pertama sekali, penafian (disclaimer) saya adalah, saya bukanlah terpaling expert / pakar dalam bidang ini, tapi saya akan cuba menerangkan dalam bahasa mudah apakah sebenarnya benda alah ni.
Mukadimah
Perkataan crypto asalnya bukanlah dari cryptocurrency semata. Ianya adalah berasal dari perkataan Cryptograph. Cryptograph adalah kod-kod yang ditulis atau dilaksanakan di atas Blockchain.
Blockchain pula adalah rangkaian (network) komputer yang banyak untuk verify/validate transaksi yang menggunakan cryptograph. Lagi banyak computer, lagi kuat/selamat rangkaian tersebut.
Bila wujudnya Blockchain, maka diwujudkan token atau matawang (currency) untuk memberi ganjaran kepada sesiapa yang menyumbang kepada rangkaian ini. Penyumbang kepada network ini dengan menyediakan Computing power kepada rangkaian blockchain dipanggil Miners. Miners ni bukanlah macam orang pegi melombong kat korek tanah kat terowong tu. Duduk-dduk kat rumah je yang penting sentiasa ON computer dan connected to internet. Lagi hebat komputer tersebut, lagi banyak computing power (hash rate) yang disumbangkan, maka lagi banyak reward/ganjaran yang dapat.
Sejak bila ada crypto?
Bitcoin adalah matawang crypto yang pertama dihasilkan, ianya telah direka oleh Satoshi Nakamoto, seorang cryptographer yang identitinya tidak dapat dipastikan hingga kini. Beliau telah menulis whitepaper bitcoin pada tahun 2008. Anda boleh baca disini.
Maka pada Januari 2009, Bitcoin telah dilancarkan. Dan setakat ini blockchain bitcoin belum pernah berjaya digodam (hacked).Kenapa kena ada blockchain?
Teknologi blockchain ni agak baru sejak wujudnya bitcoin. Tapi bukan bitcoin satu saja yang ada blockchain, selepas kewujudan bitcoin, wujudlah blockchain-blockchain lain seperti Ethereum, Cosmos, Arbitrum, Optimism dan banyak sangat lagi.
Teknologi blockchain ini sangat berguna untuk tujuan aplikasi smart contract di atasnya. Dan transaksi ini lebih telus kerana terdapat rekod transaksi yang terpapar di lejar blockchain masing-masing.
Sekali lagi saya tekankan bahawa teknologi blockhain ini adalah penting, kalau tak, takde lah wujudnya institusi untuk mengkaji blockchain. Di University College of London (UCL) tu pun ada pusat kajian blockchain. UCL tu, antara universiti terkemuka dunia. Rujuk blockchain and defi lab mereka di sini.
Kenapa ada jual beli matawang crypto?
Seperti yang saya nyatakan di atas, miners mendapat ganjaran dari kerja-kerja mining. Ganjaran adalah dalam bentuk coin/token. Tapi token ini berupa aset digital, bukan aset fizikal.Kesimpulan
Artikel di atas diinspirasikan dari blog www.capayam.com
Nak tahu pasal 'Bitcoin Halving'? Baca sini..
No comments:
Post a Comment